Pemilihan Sugar Glider

Posted: March 7, 2011 in Uncategorized

Pemilihan Sugar Glider

Apabila anda membuat keputusan untuk memiliki Sugar Glider, adalah digalakkan untuk memiliki Sugar Glider yang sudah mencapai umur 8 hingga 10 bulan. Pemilihan boleh dibuat dengan melihat kepada mata yang cerah dan bulu ekor yang lebat. Ia bererti Sugar Glider tersebut sudah bersedia untuk hidup berdikari dan tahu mencari makanannya sendiri. Setiap Sugar Glider mempunyai watak yang berasingan, sesetengah Sugar Glider hanya mendiamkan diri disebabkan persekitaran yang baru.

Satu atau Dua

Sugar Glider adalah binatang yang sosial. Kebiasaanya adalah digalakkan bagi penggemar Sugar Glider memiliki sekurang-kurangnya sepasang Sugar Glider. Ini bagi memastikan Sugar Glider anda tidak bersendirian,  dan harus DI INGAT bahawa Sugar Glider adalah binatang yang sosial dan mempunyai keinginan untuk bermain bersama – sama Sugar Glider yang lain. Ini adalah tanggungjawab yang perlu diketahui oleh penggemar Sugar Glider di luar sana.

Perasaan ingin bersama dengan pasangan, berinteraksi, bermain termasuk tidur di tempat yang hangat bersama adalah habitat semulajadi Sugar Glider. Jikalau ia tinggal bersendirian di dalam sangkar, ia akan membawa kepada kebosanan dan ia juga akan menjadi tidak aktif. Perlu diingat jangan terlalu memberikan makanan yang berlebihan kepada Sugar Glider anda jikalau ingin melihat Sugar Glider anda aktif. Pemakanan mereka perlu dijaga supaya mereka tidak menjadi Obesiti. Hanya mampu makan dan berdiam diri tanpa ada perasaan untuk bermain-main di dalam sangkar yang anda beli.

Info Tentang Sugar Glider

Posted: March 6, 2011 in Uncategorized

Adakah anda penggemar Sugar Glider ??? Mari kita sama-sama berkongsi pendapat atau pandangan terhadap binatang kesukaan ramai ni …

Class: Mammalia
Subclass:Marsupialia
Order:Diprotodontia
Suborder: Phalangerida
Superfamily: Petauroidea
Family: Petauridae

 

 

 

General Info:

Sugar Glider ni berasal dari Australia, dan ia juga ada di sebahagian kecil wilayah di Indonesia dan Papua New Guinea. Mereka ini tidak ada kaitan dengan tupai terbang dan dianggap binatang eksotik di Amerika Syarikat. Spesis Sugar Glider sememangnya aktif di malam hari dan akan tidur pada siang hari.

Dari mana nama Sugar Glider di perolehi : Nama mereka berasal dari dua ciri-ciri mereka yang jelas. Mereka amat menyukai manisan yang manis seperti Gula dan Madu.

Bagaimana rupa Sugar Glider ?: Seekor Sugar Glider dewasa bersaiz sekitar 5 hingga 6 inci panjang dengan ekor yang sama panjang dengan badannya untuk membantu keseimbangan tubuh mereka. Sugar glider memiliki telinga berbulu, berwarna kecoklatan dengan garis hitam panjang yang membentang dari hidung hingga ke hujung belakang. Bahagian bawah pula berwarna krim atau warna putih. Mereka mempunyai mata yang besar, seperti kebanyakan haiwan malam hari, untuk membolehkan mereka melihat dengan lebih tajam. Sugar Glider mempunyai lima kuku tajam pada setiap kaki depan dan belakang bagi membantu pergerakan mereka yang suka memanjat.

Lagi info tenteng Sugar Glider : Sugar Glider mempunyai saiz yang berbeza. Kebiasaannya bagi Sugar Glider Jantan ia mempunyai berat dalam lingkungan 120grams manakala, bagi Sugar Glider betina pula dianggarkan dalam linkungan 200gram dan ini tidak termasuk Sugar Glider yang mempunyai masalah kegemukan. Tahap suhu badan Sugar Glider pula di dalam linkungan 89 darjah. Jangka hayat Sugar Glider adalah 5 hingga 7 tahun tetapi ia boleh mencecah hingga 12 ke 15 tahun bergantung kepada cara pemakanan mereka. Kebiasaannya bagi Sugar Glider yang tidak mempunyai diet yang seimbang dan pemakanan yang tidak mencukupi hanya bertahan sehingga 6 ke 8 tahun sahaja.

Jantan & Betina:

Jantan

  • Mereka menandakan kawasan dengan bau yang terletak di leher, dada, kemaluan dan dahi. Bau tersebut hampir tidak terlihat ketika mereka berada dalam habitat yang bersih, pada diet yang baik, dan kesihatan yang baik.
  • Ia juga boleh dikenalpasti dengan melihat tompok botak di dahi dan juga dada.
  • Mempunyai zakar yang kadangkala boleh dilihat menonjol di kawasan bawah.
  • Tempoh matang dianggarkan sekitar 4 hingga 12 bulan dan kebiasaanya tanda botak sudah mula kelihatan

Betina

  • Boleh dikenalpasti dengan melihat kantung di bahagian bawah.
  • Tempoh matang sekitar 6 hingga 18 bulan bergantung kepada keadaan dan diet mereka. Risiko mengabaikan anak adalah besar bagi Sugar Glider yang masih muda.
  • Jangka masa pembiakan adalah antara 5 hingga 8 tahun.
  • Mempunyai anak sekitar 1 hingga 2 ekor dalam suatu masa. Namun begitu, kadangkala ia juga boleh melahirkan anak sehingga 4 ekor dalam satu-satu masa.